Friday, 17 May 2013

Lupa password cimb click...????Ini jalan penyelesaiannya.....

As-Salam....

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

1. Call 1300-880-900

2. Sebab saya ni malaysian, tekan 2 untuk Bahasa Melayu. Tapi kalau nak English, tekan 1 hokey.

3. Tunggu la sekejap untuk mesin operator tu cakap, tapi kalau nak cepat, tekan 0 untuk cakap dengan pegawai khidmat pelanggan/customer service.

4. Dia akan minta kita beri nombor IC diikuti butang #. Kalau tak ade, tekan # terus.

5. Tunggu sehingga talian anda disambungkan ke pegawai bertugas yer. Sabar...Beritahulah yang kita dah lupa password cimb click kita tu.

6. Dia akan tanya nama penuh, ic, nama ibu dan lain-lain(mungkin pertanyaan berbeza ikut individu). Mereka akan reset semula e-pin kita. Untuk info ID memang tak boleh reset semula. Yang boleh e-pin dangan password je setahu saya.

7. Lepas dah cakap terima kasih kat pegawai tu, pergi mesin atm cimb yang terdekat untuk reset e-pin.

       

8. Dah masuk nombor pin kad atm kita tu,pilih Lain-lain - Cimb click - Cimb click E-pin - dan masukkan 6 digit nombor yang kita suke. Tak silap dia akan minta kita beri nombor e-pin tu sekali lagi untuk confirm. Pastu On9.

9. Buka laman web www.cimbclicks.com.my then kat belah atas sebelah login ada forgot ID, forgot password. Saya pilih forgot password.

10. Pastu dia akan minta masukkan 16 digit nombor yang ada pada kad atm kita tu. Kad belakang yer, bukan kat depan. Kat depan tu hanya ada cip dengan perkataan CIMB BANK je. Dah masukkan nombor tu, masukkan nombor e-pin yang kita dah reset kat mesin atm tadi.

11. Pastu dia akan keluar Channel ID yang mana tak payah isi dah, memang ada. Dia akan guna yang lama punya. Masukkan password baru yang senang anda ingat. 8 digit nombor campur huruf. Dia tak boleh nombor saje atau huruf saje.

Done. Dah boleh On9 cimb click yer...Yey!

Harapa info ini dapat membantu. Sebab saya pun baru menghadapi situasi ini. Pegawai cimb tu sangat friendly hokey..

*P/s:Sekiranya selepas call customer service dan kita pergi mesin atm dia tendang balik kad kita, cuba atm yang lain. 2 3 atm pun xpe. Sampai boleh. Tapi kalau dah 5 atm berbeza masih sama, kita pergi kat kaunter bank yang berdekatan. Mereka akan bantu. Mungkin cip anda bermasalah dll.

5 comments: