Wednesday 22 May 2013

Cara-cara tambah gajet info solat di Blog...


As-Salam,

Hari ini nak kongsi cara nak tambah gajet info solat kat blog. Rujukan daripada sini. Jom sama-sama kita jaga waktu solat. Terima kasih.
  1. Pertama, pergi laman http://www.e-solat.gov.my/ , cari "source code" atau "kod sumber". (Ketika entri ini ditulis, ianya berada di sebelah kiri, bahagian bawah sekali)
  2. Lepas klik, ada paparan nama-nama tempat seluruh Malaysia, dan kod sumber/source code untuk widget e-Solat kita.
  3. Pilih rekabentuk yang menarik dihati, salin semua codingnya, kemudian tampal di dalam blog(Design - Layout - Add gadget - Copy paste kod info solat - save - preview).
  4. Sekiranya nak buat beberapa pengubahan pada kod sumber, kemudian barulah disimpan (save).
Untuk rekabentuk pertama. (kotak besar - biasa letak di kiri @ kanan blog)
*   <iframe src=http://www.e-solat.gov.my/solat.php?kod=KOD&lang=LANG&url=URL height="255" frameborder=0></iframe>

Rekabentuk yang kedua. (kotak kecil - biasa letak diatas blog sebab ianya memanjang)
*  <iframe src=http://www.e-solat.gov.my/solat-iframe.php?kod=KOD&lang=LANG&url=URL&font=FONT&fontcolor=FONTCOLOR&bgcolor=BGCOLOR width=100% height=33 frameborder=0></iframe>

* Untuk yang nak ubah rekabentuk info solat berkenaan, boleh ikut cara-cara seperti dibawah. Rekabentuk e-Solat 01 guna kod sumber yang ringkas, tapi rekabentuk 02 ada banyak kod. 

Kod yang dalam HURUF BESAR hendaklah dipadam, kemudian ditulis dengan kod yang baru. Kod baru boleh guna huruf kecil 2 besar. 
·         Untuk KOD, ini bermaksud kod untuk kawasan waktu solat. Macam saya yang tinggal di Seremban Negeri Sembilan, saya guna kod ngs02(template nombor 2). kod kawasan dan waktu solat adalah berbeza mengikut kawasan.
·         Untuk LANG pula, ini ialah kod bahasa (language). Tulis BM untuk kod e-Solat yang bahasa Melayu, tulis ENG untuk kod bahasa Inggeris.
·         URL, tak perlu ubah kot. Sebab saya cuba masukkan url saya, tak jadi.
·         FONT = bentuk tulisan. Boleh ubah ikut tulisan yang kita nak tapi ada sesetengah blog, setting nya tak sama. Jadi paling mudah, guna Timer New Roman je. 
·         FONTCOLOR ialah untuk warna tulisan. Kalau dari contoh laman e-Solat, kod #FFFFFF akan menjadikan tulisan pada widget berwarna puteh. 
·         dan yang terakhir, BGCOLOR pula ialah kod warna latar (background color). Contoh yg dberi ialah #261798 (biru), iaitu warna biru.

Contoh-contoh template.

Template 01 
KOD: swk08, LANG: ENG. 




Template 02 

KOD: swk08, LANG: BM, FONT: Times new roman. FONTCOLOR: #FFFFFF. 





Dah setting ikut suka? Menjadi tak? Tapi yg rekabentuk 02 tu saya tak edit BGCOLOR sebab kod tu tak berfungsi walaupun dah diubah warna lain. Tapi kalau FONTCOLOR tak ditukar dengan kod warna lain, rekabentuk 02 tu akan jadi warna merah. Tak tahu kenapa.

Di bawah ialah senarai untuk kod-kod kawasan negeri anda. Gantikan KOD sahaja dalam kod sumber tadi.
Susunan: (KOD) (Kawasan)

Sabah:
·         sbh01 Zon 1 - Sandakan, Bdr. Bkt. Garam, Semawang, Temanggong, Tambisan
·         sbh02 Zon 2 - Pinangah, Terusan, Beluran, Kuamut, Telupit
·         sbh03 Zon 3 - Lahad Datu, Kunak, Silabukan, Tungku, Sahabat, Semporna
·         sbh04 Zon 4 - Tawau, Balong, Merotai, Kalabakan
·         sbh05 Zon 5 - Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi
·         sbh06 Zon 6 - Gunung Kinabalu
·         sbh07 Zon 7 - Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu
·         sbh08 Zon 8 - Pensiangan, Keningau, Tambunan, Nabawan
·         sbh09 Zon 9 - Sipitang, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Tenom, Long Pa Sia

Sarawak
·         swk01 Zon 1 - Limbang, Sundar, Terusan, Lawas
·         swk02 Zon 2 - Niah, Belaga, Sibuti, Miri, Bekenu, Marudi
·         swk03 Zon 3 - Song, Belingan, Sebauh, Bintulu, Tatau, Kapit
·         swk04 Zon 4 - Igan, Kanowit, Sibu, Dalat, Oya
·         swk05 Zon 5 - Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bitangor, Rajang
·         swk06 Zon 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak
·         swk07 Zon 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam
·         swk08 Zon 8 - Kuching, Bau, Lundu,Sematan

Johor
·         jhr01 Pulau Aur dan Pemanggil
·         jhr02 Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru
·         jhr03 Kluang dan Pontian
·         jhr04 Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas

Melaka
·         mlk01 Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau, Nyalas

Negeri Sembilan
·         ngs01 Jempol, Tampin
·         ngs02 Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau

Selangor dan Wilayah Persekutuan:
·         sgr01 Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
·         sgr02 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
·         sgr03 Kuala Lumpur
·         sgr04 Putrajaya
·         wly02 Labuan

Perak
·         prk01 Tapah,Slim River dan Tanjung Malim
·         prk02 Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
·         prk03 Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
·         prk04 Temengor dan Belum
·         prk05 Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg.Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan dan Pulau Pangkor
·         prk06 Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
·         prk07 Bukit Larut

Pulau Pinang
·         png01 Seluruh Negeri Pulau Pinang

Kedah: (kenapa Kulim keluar 2 kali JAKIM buat?)
·         kdh01 Baling, Sik, Padang Terap
·         kdh02 Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Kulim, Bandar Bharu, Kuala Muda, Yan
·         kdh03 Puncak Gunung Jerai
·         kdh04 Langkawi
·         kdh05 Pendang, Kuala Muda, Yan
·         kdh06 Kulim, Bandar Baharu

Perlis
·         pls01 Kangar, Padang Besar, Arau

Kelantan (takde ktn02?): 
·         ktn01 Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Mukim Chiku (Jajahan Gua Musang)
·         ktn03 Jeli, Gua Musang (Mukim Galas, Bertam)

Pahang
·         phg01 Pulau Tioman
·         phg02 Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah
·         phg03 Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut
·         phg04 Bentong, Raub, Kuala Lipis
·         phg05 Genting Highlands, Bukit Fraser
·         phg06 Cameron Highland

Terengganu
·         trg01 Kuala Terengganu, Marang
·         trg02 Besut, Setiu
·         trg03 Hulu Terengganu
·         trg04 Kemaman, Dungun 

Terima kasih maksyeh.blogspot.com...Info yang dikongsi amat berguna kepada kami semua.


No comments:

Post a Comment