Tuesday 28 May 2013

Menguap Berlebihan...hati-hati...

As-Salam,

Menguap! Semua individu pasti akan mengalaminya. Meskipun tidak mengganggu aktiviti harian namun adakalanya menguap boleh membuatkan individu menjadi pemalas. Bukan itu sahaja menguap juga merupakan petanda bahawa seseorang individu mengalami masalah kesihatan.



Menurut kajian Royal Australian College of General Practitioners, menguap secara berlebihan berlaku bukan disebabkan oleh rasa mengantuk. Ia dikenali sebagai reaksi vasovagal dalam istilah perubatan, yang mana menguap tersebut berlaku kerana reaksi saraf vagus pada pembuluh darah yang berkait dengan masalah jantung.

Seseorang individu mengalami menguap berlebihan sebanyak satu hingga empat kali dalam satu minit menandakan individu tersebut menderita penyakit saraf, mengalami tekanan darah rendah serta diserang diseksi aorta iaitu arteri utama yang membawa darah dari jantung terkoyak!

No comments:

Post a Comment